Let's take a moment

5:05 PM

Assalammualaikum..

Sedar tak sedar dah hari ke 9 tahun 2017.
Esok Birthday Halif yang ke 7 tahun. Wow , pejam celik pejam celik.
Anak dah 4, yg no 3 dah darjah 1 pun.

Cabaran dan ujian silih berganti. Antara rasa bersalah dan menyalahkan. Mana satu yang menang agaknya. Kalau ikut perasaan, semua salah. Tapi jika masih ada Iman, jawabnya berserah dan tawakal jerla.

Bertahan selagi terdaya. Andai rebah, harap akan ada yang sambut. Andai tiada pun takpa. Masih ada yang kat atas sana.

Bila orang cakap kita kuat, kita tuff. Syukur ajalah.
Walau dalam hati..aduhai rasa tak mampu bernyawa dah.
Bila orang dah kata kita kuat, tuff.
Maknanya kitala yang kena mengalah.
Sebab orang lain katanya lemah.
Semoga diberi kekuatan. InsyaAllah.

Azam. Mungkin ramai yang berazam.
Apa yer azam 2017. Asyik2 carry forward. Bilanya nak abes.
Azam mungkin takde kot.
Tapi doa yang paling utama :

1. Doa semoga anak istimewa mama Muhammad Hadif cepat bercakap dgn lancar, boleh membaca, menulis, mengira dan bersekolah seperti kanak2 normal. Paling penting no more jumping2.

2. Semoga anak2 mama yang lain Hamim, Hadif, Halif dan Khayra menjadi anak soleh dan solehah serta berjaya dunia & akhirat. Semoga dipermudahkan urusan, terang hati terima pelajaran dan sentiasa mendapat keredhaanNYA.

3. yang ni kita simpan dan doa sendiri.

Impian...ni sangat banyak.
Belum mampu untuk list out.
Tapi orang cakap, bila kita senaraikan. Barulah impian tu tercapai.
Ok slowly kita gapai, yang pasti HUTANG kena selesaikan dulu.

You Might Also Like

1 comments

Like us on Facebook

Flickr Images