Melompat Lebih Tinggi

11:27 PM

Manusia mana yang sempurna.
Seringkali buat salah buat dosa. Kekadang sengaja.
Yang paling banyak kali tak sengaja katanya.
Tapi yang sengaja tu selalu kita rasa takpa. Sebab kita sentiasa ada alasan.
Ada saja untuk dipersalahkan.
Yang pastinya bukan kita yang bersalah.
Yakin sangat ker.?? Selalu menghalalkan yang salah hanya kerana alasan tak masuk akal.
Menyedapkan diri. Padahal jauh sudut hati. Terang2 nampak salah.

Itulah yang bernama manusiakan.Tak pernah puas.
Kata bersyukur, tapi bila ada masalah. Mengeluh.
Macam dia jer ada segunung masalah yang besar.
Complicated katanya. Haha..complete sgtla sebab sendiri yang cari pasal.
So sendiri tanggungla. Banyak cakap tak guna.
Insafkan diri lebih baik.

Kereta hijau, kereta merah.
Yang lama, yang baru.
Besar dan kecik.
Tapi brand sama. Cuma tahun berbeza.
Dah berusia.
Mana yang dipilih. ??
Mesti Besar, Baru ..warna ikut masing2la.
Tapi yang lama dah terlalu banyak jasa.
Terlalu banyak berkorban.
Sentiasa bersedia bawa kemana sahaja.
Tak pernah berkira. Sebab dia yakin rezeki tu dariNYA.
Orang cakap lagi.
1 kita bagi..10 kali ganda Allah beri balasan.
So yakin sahaja. Tanpa banyak kira.

Sama juga, yang berhak dan yang menyebok.
Yang berhak dapat semua kelebihan. Dapat semua perhatian.
Yang penyebok, hanya diperhatikan.
Di cari bila diperlukan.
Tak pernah ditanya apa masalah.
Yerlah status penyebok memang macam tu.

Kadang kadang kuat..kadang 2 meluat.
Meluat dgn diri sendiri.
Sentiasa cuba bertahan. Walaupun banyak kali kena lenyek.
Hahaha.
Kesini..kesana..kedepan...kebelakang. Sama jer.
Tak ada siapa. Asyik mengelakan diri.

Dah tak tertanggung rasanya.
Pendam, simpan.
Nak luah.
Tak ada siapa.

TIADA SIAPA. TIADA
.


You Might Also Like

1 comments

Like us on Facebook

Flickr Images